BBM3410 - 2022 - KETIKA DAN KALIMAT

Terima kasih saya ucapkan dan kuseru nama-nama yang telah menjadi ahli kumpulan SaPe iaitu "Farid, Ilman, Hannah, Syaqirah, Mariana, Najwa, Zana, Hamidah, Law, Ong, Zulaika"

Assalamualaikum, sepanjang aku belajar kursus Multimedia Dalam Bahasa, aku sejujurnya berasa sangat tertekan pada mulanya, disebabkan aku tak suka bersosial, tidak suka berfoto, tidak suka ada akaun FB, TT, Twitter, Ig dan lain-lain. Tapi bila sudah terbiasa rasa seronok ada dan tidak tahu nak cakap apa. Yang paling seronok kita dapat kenal kawan-kawan kelas yang jarang kita kenal, perangai elok ke tak, hehehe... semua aku kenal perangai masing-masing, aku ketua kecil bagi kumpulan SaPe, aku memang garang dan tegas, tapi manis orangnya hehehe. takdelah garang, aku kool orangnya, penyabar, sentiasa bersifat terbuka dengan pandangan orang lain terutamanya memberi idea dan pendapat dalam kalangan ahli.

Selain itu, bab tugasan mingguan pula, aku memang ada masa rajin dan ada masa malas, kalau rajin aku terus buat, malas tu adalah tangguh-tangguh, memang tak patut dicontohi, tapi nak buat macam mana sudah menjadi kebiasaan, tugasan multimedia semua memang senang-senang cuma ada bahagian-bahagian yang agak rumit, contohnya idea tidak boleh sama dengan kumpulan lain, itu yang kumpulan kami cepat-cepat memberi idea semua tidak sama dengan kumpulan lain. Tu je kot hehehehehe...

Kesimpulannya, kita mestilah belajar bersungguh-sungguh dan mengambil berat. Sesungguhnya sifat malas itu sepatutnya dihindar dan tidak menjadi kebiasaan seharian. Oleh itu, kita kena bangkit... Oraaa!!!!!

Saya doakan semua kawan-kawan saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan 'A' bagi kesemua kursus dan mendapat dekan 4.00




Gambar Kehadiran:



BBM3410 - 2022 - PEMBENTANGAN RESENSI BUKU (MULTIMEDIA DALAM BAHASA)

Assalamualaikum, ini merupakan minggu terakhir iaitu minggu 14, Oraaaa!!!!, macam tak percaya. Alhamdulillah banyak ilmu yang saya pelajari, dan tugasan yang akhir ini merupakan pembentangan secara kumpulan berkaitan resensi buku. Aku cume terangkan bab 3 sahaja disebabkan semua ahli sudah dibahagi secara adil. Bila abis sahaja bentang kumpulan saya iaitu kumpulan SaPe, terasa lega yang teramat begitu amat tidak terjangka anjakan paradigma begitu gembira. Oraaaa!!!!


Aku je sorang macam dah mandi pagi



ini slaid yang kami hasilkan, Mantap!!!!! Oraa!!!




GAMBAR KEHADIRAN MINGGU KE-14:


BBM3410 - 2022 - PEMBENTANGAN PODCAST

 PODCAST : APA KUNCI UTAMA UNTUK BERJAYA?


Assalamualaikum, pada hari 22 bulan 6 tahun 2022 telah diadakan pembentangan podcast secara individu, kumpulan aku pula yang mula dulu iaitu kumpulan SaPe. Aku berasa sangat semangat untuk menyampaikan podcastku yang bertajuk Apa Kunci Utama Untuk Berjaya?... Aku orang yang pertama bentang jadi aku sampaikanlah dalam masa yang ditetapkan iaitu 7 minit, tidak lebih dan tidak kurang, dan selepas tu orang lain pulak bentang, masa pun dikurangkan 5 minit, ada yang bergaya macam rap cakap laju, yang penting jelas. Bile da lepas bentang tu aku rasa lega hehehe. Oraaaaa!!!!!

GAMBAR KEHADIRAN MINGGU KE-13: