Akademik

 SK PALONG TIMUR 2 (2007-2012)

Ni gambar pada zaman aku sekolah rendah, banyaklah kenangan manis dan pahit bersama kawan-kawan dulu ... ada yang dah pindah, ada yang lost contact sebab dulu takde telefon ... alhamdulillah ada juga kawan-kawan yang kekal hingga ke harini. Aku dulu pelajar biasa je dan malas nak belajar, cikgu dulu garang-garang, siap bawak rotan... fuhh tengok cikgu bawak rotan dah cuakk da ... tapi aku anggap cikgu rotan tu tanda cikgu sayang, walaupun dulu nakal, biasalah budak-budak lagi...tau nak main je.


SMK PALONG TIMUR (2013-2017)

Lepas darjah 6, aku start dah masuk sekolah menengah, aku pun mula berubah jadi orang yang baik, tapi ada juga orang yang suka ada juga orang yang tak suka, biasalah lumrah kehidupan. Gambar kat atas ni time Tingkatan 5.




Aku dan kawan-kawan banyak juga aktif buat persembahan seperti lakonan, bersajak, choir dan banyak lagi.


Ni masa zaman SPM, alhamdulillah result semua gempak-gempak, aku juga dapatlah result yang baik 5A- C+ C 2D E ... nak tahu ape itu E, addmath... emmm, time belajar tu senang, bile masuk exam perghh bercampur dengan formula matematik moden. Tapi alhamdulillah semua lulus.


SMK PALONG TIMUR (2018-2019) STPM

Lepas aku abis SPM, aku masuk Tingkatan 6, dulu aku taknak sambung belajar, aku nak kerja ... tapi bila difikirkan balik better aku sambung belajar, aku masuk juga Tingkatan 6 dengan niat ingin menuntut ilmu dan keluarga aku setuju dengan kehendakku ini. 

Aku dilantik menjadi ketua kelas time tu, alhamdulillah bagiku, daripada aku jadi ketua pelajar, banyak kerja nak dibuat.


Banyak jugaklah aktiviti yang dilakukan, seperti terlibat dalam membantu acara sukan sekolah, pidato, skillrace dan lain-lain lagi.


Meeting Skill Race Peringkat Daerah, aku jadi ajk je, ajk teknikal



Keputusan result akhir STPM, alhamdulillah semua result gempak-gempak. Pada awalnya aku takut nak masuk Tingkatan 6 sebab orang cakap susah STPM. Tapi bagi aku STPM mudah, nak mudah kena rajin, kalau malas tulah yang jadi susah. Bak kata mutiara, usaha tangga kejayaan, takde usaha...gagal jadinya.





Jamuan akhir tahun :)