SENAMAN RINGKAS PELAJAR UNIVERSITI
BBM3410 - FACEBOOK - NASIHAT IBU
Nasihat ibu✨
Dulu masa aku kecil, ibu aku sering nasihati aku balik sebelum waktu magrib. Biasalah kecil-kecil dulu aku sangat nakal suka bermain, orang buli aku, aku bantai balik, suka bergaduh dengan senior, beli jajan bersama kawan-kawan sampai magrib. Biasalah ibu siapa yang tak risau anaknya merayap entah kemana dan buat perkara yang tak sepatutnya. Walaupun ibu memarahiku aku tetap sayang ibu. Bergaduh sesama adik-beradik tu perkara biasa sampai kena rotan. Sekarang, aku sudah tumbuh dewasa. Adik-beradik aku pun ada yang sudah bekerja dan berkahwin. Walaupun aku berada jauh daripada ibu aku, aku tetap telefon ibuku.
Ibuku selalu menasihati aku "jangan tinggal solat, buat perkara yang berfaedah dan banyakkan bersabar".
Maafkan aku ibu, anakmu yang dulu periang, sekarang menjadi pendiam. Dulunya panas baran, sekarang macam tiada perasaan. Walaupun ibuku menasihati kalau ada apa-apa bagitahu walaupun abah dah tiada. Ibu tetap memberi semangat kepadaku walaupun ibu bersedih. Ibu aku tahu aku jenis suka menyendiri dan pendam masalah yang dihadapi. Tapi aku tetap tersenyum. Aku sayang ibuku sangat2. Ibu jangan risau ok, anakmu disini baik-baik saja.
KOMEN 10 RAKAN
BBM3410 - ONE SHOT THREE LAYER
ONE SHOT THREE LAYER
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Apa pula maksud video one shot three layer? Pelbagai jenis pulak video jenis one shot ni kan. Video one shot three layer ini menunjukkan bahawa terdapat tiga lapisan dalam satu video tersebut. Lapisan nyanyian, laporan dan lapisan pergerakan. Lapisan pergerakan boleh dilakukan dengan membuat penggambaran di kawasan yang mempunyai pokok yang bergoyang, laluan kereta ataupun apa juga yang bergerak. Pergerakan yang tidak sengaja ataupun asli.
Kehadiran Kuliah Minggu 8 - 18/5/2022
BBM3410 - ONE SHOT TWO LAYER
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Video One Shot Two Layer jenis ini dirakam dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. Biasanya lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam lagu tersebut dilakukan dan hal ini menunjukkan video yang menarik.
Kehadiran Kuliah Minggu 8 - 18/5/2022
BBM3410 - TWITTER - RUANG
TWEET PERTAMA 'RUANG 1.0' AKAUN TWITTER SENDIRI:
KOMEN PADA TWEET PERTAMA 'RUANG 1.0' AKAUN TWITTER RAKAN: