BBM3410 - 2022 - ASAS VIDEOGRAFI: VIDEO SETEMPAT

Assalamualaikum dan hai, kabare semua? , pada minggu 11 untuk tugasan individu yang diberikan oleh Prof pada hari Rabu 8/6 iaitu membuat video setempat. Jadi hari ini aku nak bercerita sedikit tentang video setempat yang aku ambil tempoh hari.

Tema video setempat aku ialah mengecat. Aku masa tu penat dan aku terfikirlah nak rekod video setempat kat situ. Masa tu aku ada join program BAKSIS, iaitu program mural, memang best mengecat walaupun tangan tak berseni. Semua yang join sangat2 sporting, ramailah jodoh kat situ hehehe... penat jugaklah mengecat tembok kat Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar. Pergi naik bas, balik jalan kaki, nasib dekat dengan kolej. Aku masa tu taklah rajin sangat sebab aku simpan tenaga nak buat eseimen yang lain lepas balik. Makan pon sedap2 sebab free. Aku datang un sebab dapat makan, kenyang lagi. Masa tu cuaca jugak agak mendung dan lepastu tetibe hujan, sejuk mengigil aku kat situ. Tapi best la taklah panas.




Kehadiran Kuliah Minggu 11 - 8 Jun 2022