ELEMEN ASAS GRAFIK

1. MUDAH


ELEMEN: Mudah
TEMA: Haiwan
HURAIAN: Foto ini jelas menggambarkan dua ekor anak kucing yang berada di rumput. Warna anak kucing berwarna hitam dan putih. Warna rumput pula berwarna hijau. Jelasnya, dua ekor anak kucing menjadi fokus utama dalam gambar tersebut.


ELEMEN: Mudah
TEMA: Haiwan
RUJUKAN: Rujukan Sendiri (Ladang Farm Fresh, UPM)
HURAIAN: Gambar ini menunjukkan beberapa ekor lembu yang sedang makan rumput kering. Lembu yang berada di dalam gambar berwarna gelap bertompok putih. Lokasi di kandang lembu kerana terlihat ada pagar, bertiang dan berbumbung. Ia sangat mudah difahami dengan sekali pandang oleh mereka yang melihatnya.



2.WARNA
ELEMEN: Warna
TEMA: Pemandangan
HURAIAN: Gambar ini menunjukkan pemandangan pokok sakura yang indah. Warna yang digunakan hanya empat warna iaitu merah jambu, coklat kehitaman, hijau dan kelabu. Warna yang digunakan menonjolkan jalinan di dalam gambar. Ia dapat menarik perhatian orang ramai disebabkan kombinasi warna yang sangat menyerlah.



ELEMEN: Warna
TEMA: Tumbuhan
RUJUKAN: Rujukan Sendiri ( Segamat, Johor)
HURAIAN: Gambar ini menunjukkan tumbuhan jenis pokok bunga kertas. Warna yang ditonjolkan iaitu merah jambu (bunga), hijau kekuningan (daun) dan kelabu (langit). Kombinasi warna yang ditonjolkan agak menarik. Ia dapat menarik perhatian orang ramai.



3. TEKS


ELEMEN: Teks
TEMA: Produk Makanan
HURAIAN: Gambar ini menunjukkan iklan milo yang menarik. Teks yang digunakan begitu jelas dan saiz font yang besar iaitu "MILO WITH A NEW LOOK!". Jika fonts yang digunakan kecil, maka fokus hanya kepada tin produk milo tersebut. Tels yang sesuai dapat memudahkan orang faham apabila melihat gambar tersebut.






ELEMEN: Teks
TEMA: Produk kesihatan
RUJUKAN: Rujukan Sendiri (Segamat, Johor)
HURAIAN: Gambar ini menunjukkan sebuah kotak bantuan kesihatan. Teks yang digunakan sangat menarik. Selain itu, teks yang digunakan jelas dan pelbagai. Walaupun teks yang digunakan terlalu banyak tetapi ia mudah dibaca.



4. KESESUAIAN
ELEMEN: Kesesuaian
TEMA: Bilik Tidur
HURAIAN: Gambar ini menunjukkan ruang bilik tidur yang menarik. Susunan katil dan susunan tempat duduk sangat bersesuaian dan tidak terlalu sesak. Kombinasi warna yang digunakan sangat sesuai iaitu warna putih gelap dan perang. Ia sangat menarik perhatian orang ramai yang melihat gambar bilik tidur idaman.


ELEMEN: Kesesuaian
TEMA: Perniagaan
RUJUKAN: Rujukan Sendiri (Dataran Palong Timur, Johor)
HURAIAN: Gambar ini menunjukkan sebuah gerai yang menjual makanan dan minuman bersebelahan kedai makan. Susunan meja kerusi sangat tersusun dengan kombinasi warna hitam dan putih. Bumbung menggunakan kain kanvas berwarna biru. Lokasi kejadian terlihat basah di permukaan jalan akibat cuaca hujan yang berlaku.



5. KESEIMBANGAN
ELEMEN: Keseimbangan
TEMA: Bangunan
HURAIAN: Gambar di atas menunjukkan keseimbangan kerana mematuhi prinsip rule of thirds. Sebuah bangunan masjid berada di tengah gambar. Di bahagian kiri dan kanan terdapat tumbuhan hijau.
Di bahagian atas, terdapat langit biru, awan kelabu dan jingga yang menandakan waktu senja. Di bahagian bawah pula, terlihat tasik yang memiliki warna kelabu dan sedikit jingga akibat pantulan.


ELEMEN: Keseimbangan
TEMA: Pemandangan
RUJUKAN: Rujukan Sendiri (Segamat, Johor)
HURAIAN: Gambar ini menunjukkan keseimbangan pemandangan halaman belakang rumah yang mematuhi prinsip rule of thirds. Warna yang ditonjolkan iaitu langit berwarna putih kebiruan, pokok-pokok berwarna hijau dan tanah berwarna coklat. Di bahagian kiri dan kanan seimbang dengan tumbuhan. Di bahagian atas dan bawah pula seimbang dengan keindahan langit dan permukaan tanah.


Berikut merupakan pautan video persembahan ahli kumpulan saya [SaPe Production] untuk tugasan Elemen Asas Grafik:

Selamat menonton dan terima kasih!

Kehadiran Kuliah Minggu 2 - 30 Mac 2022



Keluargaku

 Mak dan Abah πŸ’–

Aku merupakan anak yang ke-6 daripada 7 orang adik beradik, iaitu 2 perempuan 5 lelaki. Nama mak aku ialah Salamah binti Ali. Nama abah aku ialah Ab Rahim bin Selamat. Aku sangat sayang dengan keluargaku walaupun aku seorang yang pendiam dalam keluarga.

Beraya di rumah nenek belah abah pada tahun 2017 di Gersik, Muar.


Ni abang aku, anak yang ke-3 sudah berkahwin, namanya Muhammad Razif bin Ab Rahim, biasa aku panggil Abang Ajib.




Ini gambar adik aku yang bongsu, biasa aku panggil Daus.

Anak buah tengok kambing jiran


Berjalan-jalan


Pada tahun ini, abah aku telah kembali kerahmatullah pada 7 Mac 2022 akibat Covid-19 yang menyerang bahagian paru-paru. Ini pertama kali aku merasa kehilangan seseorang yang aku sayang, tapi aku redha dengan pemergiannya. Aku rindu...


Akademik

 SK PALONG TIMUR 2 (2007-2012)

Ni gambar pada zaman aku sekolah rendah, banyaklah kenangan manis dan pahit bersama kawan-kawan dulu ... ada yang dah pindah, ada yang lost contact sebab dulu takde telefon ... alhamdulillah ada juga kawan-kawan yang kekal hingga ke harini. Aku dulu pelajar biasa je dan malas nak belajar, cikgu dulu garang-garang, siap bawak rotan... fuhh tengok cikgu bawak rotan dah cuakk da ... tapi aku anggap cikgu rotan tu tanda cikgu sayang, walaupun dulu nakal, biasalah budak-budak lagi...tau nak main je.


SMK PALONG TIMUR (2013-2017)

Lepas darjah 6, aku start dah masuk sekolah menengah, aku pun mula berubah jadi orang yang baik, tapi ada juga orang yang suka ada juga orang yang tak suka, biasalah lumrah kehidupan. Gambar kat atas ni time Tingkatan 5.




Aku dan kawan-kawan banyak juga aktif buat persembahan seperti lakonan, bersajak, choir dan banyak lagi.


Ni masa zaman SPM, alhamdulillah result semua gempak-gempak, aku juga dapatlah result yang baik 5A- C+ C 2D E ... nak tahu ape itu E, addmath... emmm, time belajar tu senang, bile masuk exam perghh bercampur dengan formula matematik moden. Tapi alhamdulillah semua lulus.


SMK PALONG TIMUR (2018-2019) STPM

Lepas aku abis SPM, aku masuk Tingkatan 6, dulu aku taknak sambung belajar, aku nak kerja ... tapi bila difikirkan balik better aku sambung belajar, aku masuk juga Tingkatan 6 dengan niat ingin menuntut ilmu dan keluarga aku setuju dengan kehendakku ini. 

Aku dilantik menjadi ketua kelas time tu, alhamdulillah bagiku, daripada aku jadi ketua pelajar, banyak kerja nak dibuat.


Banyak jugaklah aktiviti yang dilakukan, seperti terlibat dalam membantu acara sukan sekolah, pidato, skillrace dan lain-lain lagi.


Meeting Skill Race Peringkat Daerah, aku jadi ajk je, ajk teknikal



Keputusan result akhir STPM, alhamdulillah semua result gempak-gempak. Pada awalnya aku takut nak masuk Tingkatan 6 sebab orang cakap susah STPM. Tapi bagi aku STPM mudah, nak mudah kena rajin, kalau malas tulah yang jadi susah. Bak kata mutiara, usaha tangga kejayaan, takde usaha...gagal jadinya.





Jamuan akhir tahun :)