BBM3410 - 2022 - PEMBENTANGAN RESENSI BUKU (MULTIMEDIA DALAM BAHASA)

Assalamualaikum, ini merupakan minggu terakhir iaitu minggu 14, Oraaaa!!!!, macam tak percaya. Alhamdulillah banyak ilmu yang saya pelajari, dan tugasan yang akhir ini merupakan pembentangan secara kumpulan berkaitan resensi buku. Aku cume terangkan bab 3 sahaja disebabkan semua ahli sudah dibahagi secara adil. Bila abis sahaja bentang kumpulan saya iaitu kumpulan SaPe, terasa lega yang teramat begitu amat tidak terjangka anjakan paradigma begitu gembira. Oraaaa!!!!


Aku je sorang macam dah mandi pagi



ini slaid yang kami hasilkan, Mantap!!!!! Oraa!!!




GAMBAR KEHADIRAN MINGGU KE-14:


BBM3410 - 2022 - PEMBENTANGAN PODCAST

 PODCAST : APA KUNCI UTAMA UNTUK BERJAYA?


Assalamualaikum, pada hari 22 bulan 6 tahun 2022 telah diadakan pembentangan podcast secara individu, kumpulan aku pula yang mula dulu iaitu kumpulan SaPe. Aku berasa sangat semangat untuk menyampaikan podcastku yang bertajuk Apa Kunci Utama Untuk Berjaya?... Aku orang yang pertama bentang jadi aku sampaikanlah dalam masa yang ditetapkan iaitu 7 minit, tidak lebih dan tidak kurang, dan selepas tu orang lain pulak bentang, masa pun dikurangkan 5 minit, ada yang bergaya macam rap cakap laju, yang penting jelas. Bile da lepas bentang tu aku rasa lega hehehe. Oraaaaa!!!!!

GAMBAR KEHADIRAN MINGGU KE-13:



BBM3410 - 2022 - RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

 Assalamualaikum semua, di hari yang sungguh ceria ini, marilah aku nak bagitahu sedikit tentang tugasan kedua pada minggu ke 12. Tugasan pada minggu adalah tidaklah begitu mencabar seperti tugasan sebelum ini. Tetapi nervous jugak dibuatnya. Jadi, apakah tugasannya? tugasannya adalah kami diminta untuk membuat ulasan berkaitan dengan setiap bab di dalam buku multimedia yang ditulis oleh Prof kami sendiri iaitu Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. Kami diberikan masa selama 30 minit bagi setiap kumpulan dan seorang dikehendaki untuk membentangkan bab masing-masing selama 2.58 minit. apa yang penting kami perlu tepat mengahabiskan pembentangan tepat pada masanya. baiklah itu sahaja yang hendak saya kongsikan pada kali ini. Oraaaa!!!!




GAMBAR KEHADIRAN MINGGU 12 :