PODCAST

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bagi minggu 12 ini, kami ditugaskan untuk membuat pembentangan individu berkaitan dengan podcast. Arahan yang diberikan adalah kami perlu memilih podcast dalam bahasa Melayu sahaja, berdurasi minimum 15 minit dan tajuk podcast yang dipilih mestilah tidak sama dengan tajuk rakan sekelas yang lain. Masa pembentangan yang diberikan kepada kami hanyalah 7 minit, tidak lebih dan tidak kurang.

Pautan Slaid Saya: https://www.canva.com/design/DAFEOa0b5Bw/J_AqLtUqu6J0g1CbZtz56w/view?utm_content=DAFEOa0b5Bw&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=sharebutton


Kehadiran Kuliah Minggu 12 - 15 Jun 2022



BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO DOKUMENTARI [SaPe Production]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pada minggu ini kami ditugaskan untuk membuat video terakhir iaitu video dokumentari. Kami diminta untuk memilih satu isu atau sesuatu topik yang memberi kesedaran kepada masyarakat lain. Oleh itu, tajuk video dokumentari kumpulan kami ialah "HATESPEECH". Perjalanan semasa melaksanakan video kali ini agak sukar kerana kami terpaksa merekodkannya dua kali dan kesuntukan masa kerana durasi video kami tidak mencukupi 7 minit yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, kami tetap berjaya menyelesaikan tugasan video terakhir kami ini. 

Berikut merupakan pautan video dokumentari kumpulan kami:



Kehadiran Kuliah Minggu 11 - 8 Jun 2022



BBM3410 - 2022 - ASAS VIDEOGRAFI: VIDEO SETEMPAT

Assalamualaikum dan hai, kabare semua? , pada minggu 11 untuk tugasan individu yang diberikan oleh Prof pada hari Rabu 8/6 iaitu membuat video setempat. Jadi hari ini aku nak bercerita sedikit tentang video setempat yang aku ambil tempoh hari.

Tema video setempat aku ialah mengecat. Aku masa tu penat dan aku terfikirlah nak rekod video setempat kat situ. Masa tu aku ada join program BAKSIS, iaitu program mural, memang best mengecat walaupun tangan tak berseni. Semua yang join sangat2 sporting, ramailah jodoh kat situ hehehe... penat jugaklah mengecat tembok kat Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar. Pergi naik bas, balik jalan kaki, nasib dekat dengan kolej. Aku masa tu taklah rajin sangat sebab aku simpan tenaga nak buat eseimen yang lain lepas balik. Makan pon sedap2 sebab free. Aku datang un sebab dapat makan, kenyang lagi. Masa tu cuaca jugak agak mendung dan lepastu tetibe hujan, sejuk mengigil aku kat situ. Tapi best la taklah panas.




Kehadiran Kuliah Minggu 11 - 8 Jun 2022








BBM3410 - 2022 - ASAS VIDEOGRAFI VIDEO SERAM

 RUJUKAN 

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 


Assalamualaikum semua, kembali lagi dalam blog aku yang serba sederhana. 

Tugasan minggu ini adalah video seram. Sebenarnya tak seram un nak cerita sebab dekat kolej kan, senang je imagine macam-macam πŸ˜†πŸ˜†

Tugas aku berlakon sebagai watak ustaz, fuhhh mantap, jarang jadi baik walaupun sekejap, adalah time tu aku bagi idea yang tak masuk akal, auto kena reject wkwkwkwk. Tak lupa juga terima kasih kepada ahli kumpulan SaPe yang bekerjasama dan bersatu hati dan bersatu jiwa dan teguh berdiri bersama.




Kehadiran Kuliah Minggu 10 - 1 Jun 2022




 

BBM3410 - 2022 - ASAS VIDEOGRAFI VIDEO TRAGEDI

 Rujukan 

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 


Assalamualaikum semua, kembali lagi dalam blog aku, 

Dalam video tragedi ni dilakonkan sebagai watak sampingan yang mengganggu hubungan mesra Ilman dengan Hamidah. Akhirnya K.O wkwkwk

Aku dah biasa berlakon, tapi tu la susah nak menghayati lakonan dan tidak serius.



https://youtu.be/8Ckk9FoS2w0


Kehadiran Kuliah Minggu 10 - 1 Jun 2022



BBM3410 - 2022 - INFOGRAFIK MEDIA SOSIAL

 Mari kenali apa itu media sosial yang boleh kita daftar! 

Rujukan 

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 


Assalamualaikum semua. Kembali lagi dalam blog aku. Tahukah anda ekoran daripada zaman yang semakin membangun dan canggih ini telah memperkenalkan pelbagai media sosial yang boleh kita daftar.  Antaranya BLOG, FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER, TIKTOK, YOUTUBE, LINKED IN dan banyak lagi. Setiap daripada media sosial ini mempunyai manfaat dia tersendiri. Nak tahu apa? Boleh tengok infografik kat bawah ini:





Kehadiran Amali Minggu 11 - 10 Jun 2022



BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI VIDEO LAGU

 DUA INSAN SEDANG BERCINTA  

RUJUKAN 

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 


Assalamualaikum semua. Kembali lagi dalam blogku Memori Segenggam Rindu. 

Hari ini aku post pasal video lagu dua insan. 

Pelakon dalam lagu ini adalah aku sendiri, hahaha dan Syaqirah. Watak aku yang bersahaja dan penatlah jugak membuat mudah proses rakaman kumpulan aku sendiri. Lokasi yang dipilih adalah di Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM dan Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Shah. Kenapa kami pilih sana? Sebab lokasi nya cantik dan sudah pastinya berbunga-bunga. Iyalah sebab bercinta kan? Kena berbunga-bunga hehehehe tapi aku tak pandai bab sweet2 ni wkwkwk...nampak aku macam seorang lelaki yang romantik gitu.


Saksikan lah video lagu kumpulan Sape Production di bawah !!


https://youtu.be/vy_ZySLq9i4


Kehadiran Kuliah Minggu 9 - 26 Mei 2022



BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI VIDEO FOKUS

 FOKUS - BUNGA 


RUJUKAN 

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 


Assalamualaikum semua. Kembali lagi dalam blogku Memori Segenggam Rindu. Hari ini, aku nak post video fokus yang kami rakam minggu lepas. Aku jadi watak utama dalam video fokus tersebut. Walaupun tak nampak muka, janji puas hatilah tengok hasil video kumpulan sendiri. Semua memberi komitmen yang baik dan kerjasama yang padu. Mantappppppppppppppp+ 


https://youtu.be/UBi8TtigQJE


Kehadiran Kuliah Minggu 9 - 26 Mei 2022



BBM3410 - LINKEDIN

 Akaun Linkedin

Jom singgah di akaun Linkedin saya :

https://www.linkedin.com/in/muhammad-farid-ab-rahim-07ab51240/



Ini akaun Linkedin pensyarah saya:


Kehadiran Kuliah Minggu 10 - 3 Jun 2022